SELAMAT DATANG KE PAGE HORTIKULTUR HIASAN.DAPATKAN INFO TERKINI DI SINI.JANGAN LUPA FOLLOW.TERIMA KASIH:)

TIME

Thursday 28 June 2012

Dalam proses mereka bentuk landskap, pelajar dikehendaki melukis pelan asas, pelan inventori, pelan analisis, pelan konsep dan pelan induk.





Monday 5 March 2012

perniagaan

Berniaga merupakan kunci utama rezeki kerana 9/10 rezeki adalah datang dari perniagaan. macam pernah dengar je ayat ni kan.. rase nye dari zaman sekolah dl cikgu-cikgu atau ustaz-ustaz da banyak kali ckp pasal ni kan.. tapi kenapa masih ramai yang takut untuk menceburkan diri dalam perniagaan????... tepuk dada..tanyalah minda...

kalau di tanye soalan ni pada orng ramai, kebanyakan nye mesti jwb sush nak berniaga ni, mane ade modal nak berniaga.. ye, memng betul, modal merupakan faktor utama utk memulakan perniagaan... tp sekarang ni sudah banyak agensi-agensi yang memberikan pinjaman kewangan kepada bakal-bakal peniaga ni.. contoh nya Bank Pertanian, TEKUN, MARA dan bank-bank lain pun ada menyediakan ruang kepada bakal-bakal peniaga untuk mendapatkan pinjaman wang.. yang penting untuk buat pinjaman wang mesti lah kene ade Rancangan Perniagaan (RP) yang lengkap, dan dapat meyakin kan pihak-pihak tebabit...

Inilah topik yang sedang diajar kepada pelajar-pelajar SMTDLM....Rancangan Perniagaan.. Pening jugak la pelajar2 ni nak memahami apa itu rancangan perniagaan.. maklum lah bru pertama kali kenal dan nak berjinak-jinak dengan rancangan perniagaan ni.. macam2 rungutan yang terpakse di layan oleh guru2.. ad jugak yang dah putus asa tak nak buat RP ni..tapi sebab da dipakse, kene la buat juga..

bersambung.....=)

Wednesday 22 February 2012

Pokok hiasan berdaun..=)


Hai,

Hari ini baru berpeluang untuk m'update blog.. almaklum la, kesibukan dengan tugas2 harian demi menjalankan amanah dari Nya.. kali ini macam nak cerita pasal pokok hiasan & landskap.

pokok paku sarang burung
rasenye ramai da tau n kenal pokok-pokok ni, tapi kadang mungkin ade yang xtau name2 nye..bawah ni adalah contoh-contoh tanaman hiasan berdaun yang boleh ditanam di sekitar kawasan landskap anda..
pokok lidah hantu

pokok pinang merah
pokok palma
pokok birah

Tuesday 14 February 2012

PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS

  • pembiakan yang melibatkan persenyawaan gamet jantan & gamet betina.
  • menggunakan BIJI BENIH untuk menghasilkan tumbuhan baru
KELEBIHAN:
  1. biji benih mudah diperolehi
  2. tumbuhan boleh dibiakkan dalam kuantiti yang banyak
  3. tumbuhan mempunyai akar tunjang
KEKURANGAN:
  1. pertumbuhan tidak sekata
  2. tumbuhan lambat mencapai tahap matang
  3. tidak mengekalkan sifat-sifat asal dari induk
  4. biji benih tidak mudah bercambah
  5. biji benih mengalami kedormanan cambah

Friday 10 February 2012

Selamat Datang..=)

Assalamualaikum...
Selamat datang ke blog baru bagi subjek holtikultur hiasan... sebenarnye masih berfikir2 ape yang perlu dimasukkan dalam blog ni... mungkin beberapa info2 berkaitan dengan Hortikultur Hiasan kot... diharapkan dengan kewujudan blog ni, dapat la memberi input dan pengetahuan kepada sesiapa yg berminat dengan Hortikultur Hiasan.... semoga mood utk 'update' blog ni akan berkekalan...hehe